;

Thursday, August 6, 2009

KAWALAN PEROSAK TANAMAN PADI

  1. Kawalan Tikus

    Penggunaan Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba) telah diadaptasikan dari penggunaannya di ladang kelapa sawit sebagai agen kawalan biologi tikus sawah.

    Kotak sarang burung yang digunakan diperbuat dari gentian kaca/kayu dan diletakkan di setiap 40 hektar. Kerja-kerja membanci penghunian burung pungguk jelapang dijalankan setiap musim.

    Kebaikan:
    - mengurangkan populasi tikur di sawah padi
    - persekitaran yang sihat, bebas daripada pencemaran racun tikus
    - meningkatkan hasil padi, pendapatan petani dan mengurangkan penggunaan racun tikus

  2. Kawalan Padi Angin

    - Tebas dan bakar jerami untuk memusnahkan biji benih padi angin di permukaan tanah.
    - Racun padi angin dengan menggunakan racun Glyphosate sebanyak 2 kali(-30 & 15 HLT)
    - Baiki parit dan batas untuk pengurusan air yang baik.
    - Rata tanah dengan menggunakan sisir.
    - Gunakan racun pra cambah (Pretilachlor Sofit) pada -10 Hlt dengan kedalaman air 3-5 cm.
    - Tabur benih terus dalam air. Guna benih yang telah bercambah dan bebas dari padi angin
    atau guna bahan pengalak cambah dengan keadaan air yang jernih sedalam 5-10 cm.
    - Cabut padi angin pada umur padi 70 dan 90 HST.

  3. Kawalan Siput Gondang

    - Ratakan tanah sawah.
    - Alirkan sawah ke paras kurang dari 1 sm ketika umur padi kurang dari 6 minggu.
    - Memelihara dan melepaskan itik Jawa/Cambell/Mallard, ayam di sawah selepas menuai
    (makan anak-anak siput).
    - Menggunakan racun Bayluscide (jika perlu) dalam keadaan air sawah terkawal.
    - Menjalankan bajak dan menabur kering bagi kawasan yang terdapat siput.
    - Jentera pembajak dan menuai perlu dibersihkan slepas digunakan
    (langkah menghalang merebak)
    - Pintu-pintu masuk/keluar air diletakkan jaring bagi menghalang siput-siput memasuki
    bendang/merebak ke tempat lain.

  4. Kawalan Penyakit Merah Padi (Tungro)

    Penyakit Merah Padi (Tungro) disebabkan oleh virus yang dibawa oleh Bena Hijau. Pengesanan awal penyakit ini dijalankan menggunakan semaian bergerak dan kaedah ujian ELISA supaya tindakan kawalan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan. Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu diamalkan dengan memuasnahkan sumber penyakit dan mengawal bena hijau.

  5. Kawalan Penyakit Reput Perang Seludang

    Penyakit padi reput perang seludang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Pseudomonas complex. Simptom: bintik memanjang pada seludang dan buah padi, kelihatan seperti keunguan dan buah padi menjadi sambang.

  6. Kawalan Penyakit Karah

    Penyakit karah adalah sejenis penyakit padi yang merbahaya, disebabkan oleh kulat teleomorf; Magnaporthe grises dan anamorf; Pyricularia oryzael Phyricularia grisea. Simptom: bintik lonjong yang tajam di kedua-dua hujung dan tepinya berwarna perang hingga kemerahan dan tengahnya berwarna kelabu keputihan.

Penyakit Reput Perang Seludang dan Karah dapat dikawal dengan sentiasa melaksanakan amalan pertanian baik, seperti:-

  • Bakar jerami dan tunggul padi secara terkawal dan menyeluruh.

  • Penyediaan tanah yang sempurna.

  • Tanam padi yang rintang terhadap penyakit.

  • Guna biji benih sihat pada kadar yang disyorkan (120 kg biji benih/ha).

  • Penggunaan baja unsur N dikurangkan (kadar disyorkan 120 N/ha) dan diberi secara berperingat-peringkat.

  • Digalakkan mengguna baja berunsur silika (kadar disyorkan 50-75 kg baja bersilika/ha) sebagai baja asas untuk mengurangkan jangkitan penyakit.

  • Buat rawatan biji benih padi dengan racun kulat seperti benomyl (4 gm/kg biji benih) atau captan (2 gm/kg. biji benih)

  • Bersihkan kawasan dari rumpai dengan cara menebas.

  • Jalankan pemantauan penyakit dengan kerap dan berterusan.

  • Bagi penyakit Karah, gunakan racun kimia yang disyorkan seperti benomyl, isoprothiolane dan carbendazim, gunakan racun mengikut label.

No comments:

Post a Comment